web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TH Tawar Pendeposit Peluang Menang Pakej Umrah, Wang Tunai Sepanjang 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 3:47PM

Pakej umrah dan wang tunai menanti pemenang bertuah dalam kalangan pendeposit melalui lima program ditawarkan TH.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH), menawarkan hadiah pakej umrah dan wang tunai untuk pendepositnya menerusi lima program menarik yang dianjurkan sepanjang 2024.

TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendeposit berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah menerusi program Al-Falah, Carum dan Simpan, Bijaknya Menabung, "Terpaling" Sayang dan Auto Simpan@ THIJARI

"Bagi program Al-Falah, Bijaknya Menabung serta Carum dan Simpan, pendeposit hanya perlu menambah simpanan dalam akaun TH tanpa melakukan transaksi pengeluaran untuk penyertaan.

"Program Al-Falah terbuka kepada semua pendeposit yang berumur 18 tahun ke atas dengan tambahan simpanan serendah RM100," menurut TH.

Menurut kenyataan itu, pemenang program berkenaan akan dipilih melalui empat siri cabutan sukuan dan dua siri cabutan utama dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM300,000.

Dalam pada itu, bagi mereka yang bekerja dalam sektor awam dan sektor swasta yang mencarum serendah RM100 sebulan juga berpeluang menyertai program Carum dan Simpan dengan hadiah berupa pakej umrah dan pelbagai hadiah lumayan, selain dua siri cabutan akan dilaksanakan untuk mencari pemenang utama mengikut kategori masing-masing.

Selain Itu, program Bijaknya Menabung turut dilaksanakan pihak TH bagi meningkatkan kesedaran tabungan haji dalam kalangan ibu bapa buat anak-anak mereka yang berumur 17 tahun ke bawah dengan tawaran pelbagai hadiah istimewa.

"Program 'Terpaling' Sayang akan memilih pemenang bertuah setiap sukuan daripada kalangan pendeposit yang mendaftar TH Khairat, manakala program Auto Simpan@THiJARI pula terbuka kepada semua pendeposit yang membuat transaksi pindahan simpanan ke akaun TH secara dalam talian," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, TH turut memaklumkan pihaknya akan meneruskan program Kelab TaHa dengan pelbagai aktiviti disediakan kepada pelajar sekolah antaranya pertandingan Musabaqah Kelab TaHa dan kejohanan Futsal TaHa Bestari yang menawarkan hadiah lumayan RM1,000 kepada johan bagi setiap pertandingan.

"Perkara ini usaha TH untuk mendekati generasi muda menerusi aktiviti yang memberi manfaat serta membentuk modal insan yang cemerlang secara holistik," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memberitahu TH akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pendepositnya dengan penganjuran pelbagai program serta aktiviti sepanjang tahun bagi menghargai pendeposit yang terus setia menyimpan tabungan mereka untuk menunaikan rukun Islam kelima. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 9 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad