web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Boleh Sertai Lambaian Kasih Agong Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 2:37PM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Alaudeen Abdul Majid pada sidang media di IPK Kuala Lumpur, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Alaudeen Abdul Majid berkata orang ramai boleh menyertai acara itu yang diadakan di sepanjang laluan Jalan Parlimen sehingga arah Bulatan Dato Onn.

Beliau berkata orang ramai boleh meletakkan kenderaan di sekitar Taman Botani, parkir bertingkat di Bukit Aman, Padang Merbok dan tempat letak kenderaan di Dataran Merdeka.

"Laluan Jalan Parlimen ke Bulatan Dato Onn akan ditutup sepenuhnya seawal 5 pagi untuk pergerakan masuk pasukan pelambai sebanyak 3,650 orang yang terdiri daripada petugas pelbagai kementerian.

"Orang awam yang ingin bersama-sama ke acara berkenaan perlu mematuhi arahan kawalan lalu lintas oleh pihak polis dan tidak menghalang laluan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Alaudeen berkata tujuh laluan di sekitar ibu negara akan terlibat dengan penutupan penuh manakala 13 laluan akan ditutup secara berperingkat esok.

Sementara itu, Alaudeen berkata, lima laluan di sekitar ibu negara akan ditutup sementara pada Rabu ini bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, yang akan diadakan di Istana Negara.

Beliau berkata laluan berkenaan membabitkan Jalan Sultan Abdul Halim, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Damansara dan Jalan Travers.

"Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang juga akan melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Jalan Sultan Abdul Halim.

“Laluan ini akan ditutup sementara dan dibuka semula secara berperingkat bermula 9.30 pagi," katanya.

Alaudeen berkata seramai 1,463 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang istiadat berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan dan lalu lintas terkawal.

Beliau berkata pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan-jalan yang terbabit dengan penutupan penuh bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menggantikan Al-Sultan Abdullah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan esok. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar