web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


30,000 Rakyat Johor Dijangka Rai Keberangkatan Sultan Ibrahim Ke Istana Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 7:48PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 30,000 rakyat Johor dijangka berada di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene, di sini sehingga ke Hangar Diraja, Senai, bagi meraikan keberangkatan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ke Istana Negara pada 31 Januari ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ia membabitkan laluan sepanjang 35.5 kilometer yang akan ditutup bermula 7.45 pagi hari sama.

Beliau berkata seramai 1,200 pegawal dan anggota termasuk agensi lain akan membantu penugasan mengawal keselamatan dan memastikan kelancaran trafik.

"Pergerakan keberangkatan baginda akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Hangar Diraja.

"Ada 15 lokasi tempat pemeriksaan sambutan dengan 30,000 orang dianggarkan akan hadir, saya menyeru rakyat beramai-ramai hadir meraikan keberangkatan baginda," katanya pada sidang media di lbu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal dan sentiasa mengutamakan keselamatan serta mendengar arahan pihak polis.

Sultan Johor akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 mulai 31 Januari ini.

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar