web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prosedur Baharu Menanti Jemaah Yang Mahu Melawat Raudah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 8:50PM

Jemaah terlebih dahulu perlu membuat permohonan melawat Raudah di Masjid Nabawi menerusi platform Nusuk - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah yang mahu memasuki kawasan Raudah di Masjid Nabawi, Madinah perlu mematuhi prosedur terkini dilaksanakan pihak berkuasa di sana.

Protokol terkini itu yang menggunakan sepenuhnya teknologi canggih memerlukan pengunjung mengimbas kod QR di pintu pagar automatik sebelum memasuki kawasan menempatkan makam Rasulullah SAW itu.

Memetik laman sesawang Haramain Sharifain, jemaah terlebih dahulu perlu membuat permohonan melawat Raudah menerusi platform Nusuk, dan akan diberikan beberapa arahan mengikut pilihan bahasa diingini.

“Sekiranya permohonan mereka berjaya, jemaah akan diberikan mesej pengesahan dan notis peringatan akan dihantar dalam tempoh 24 jam sebelum lawatan untuk pengesahan terakhir, sama ada mahu meneruskan lawatan atau sebaliknya. Kod QR itu tidak boleh digunakan sebelum waktu ditetapkan.

“Setibanya di perkarangan Masjid Nabawi, jemaah akan dibawa ke pintu masuk ditetapkan menerusi skrin panduan,” kata jurucakap laman tersebut.

Jelasnya, semua jemaah akan disambut serta dibimbing petugas terlatih, sebelum mengimbas kod diberikan ketika memasuki Rawdah dan menuju ke tempat berkumpul.

Jemaah tanpa permit aktif katanya, akan dibawa ke kawasan lain.

“Pengurusan masjid juga menyediakan laluan khas untuk jemaah yang memerlukan bantuan manakala kawasan mereka ditentukan berdasarkan kapasiti Raudah.

“Jemaah akan dibawa masuk ke Raudah menerusi laluan yang sudah diatur dan keluar menerusi pintu khas sebaik sahaja menyempurnakan lawatan mereka mengikut waktu ditetapkan,” katanya. - Getaran, 27 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Teliti Sungguh Cara Basuh, Ini Rupanya Cara Air ZamZam Disediakan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesilat Berpencak Di Masjid Nabawi Terima Kecaman, Netizen Anggap Perbuatan Sia-Sia

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Lebih 950,000 Pengunjung Dan Jemaah Umrah Di Masjidil Haram Setiap Hari Sejak Awal Ramadan

4

Rencana 4 tahun yang lalu

Melakar Potret Sambil Berdakwah

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad