web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluarga Bella Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Komitmen Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 3:29PM

Ahli keluarga Bella ketika bercakap dengan pemberita. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT, - Ahli keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak polis atas komitmen dalam menjalankan siasatan kes kehilangan wanita itu sejak Disember tahun lepas.

Bapa saudara Bella, Nor Azhar Jamil, 55, berkata semua ahli keluarga terkesan setelah kehilangan Bella yang berkesudahan dengan penemuan rangka manusia di sebuah rumah terbiar di Tongkang Pechah di sini baru-baru ini.

Katanya, seluruh keluarga berharap pelaku yang menyebabkan kematian Bella yang juga ibu tunggal dua anak itu akan menerima hukuman yang setimpal.

"Selepas 38 hari kehilangan Bella akhirnya berkesudahan dengan berita menyedihkan menyebabkan kakaknya, Norisham, 36, amat terkesan dengan pemergian adik bongsunya itu.

"Kami juga akan mengikuti sepenuhnya kes ini sehingga tamat demi keadilan untuk Bella," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu, teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, didakwa di Mahkamah Majistret disini atas pertuduhan membunuh wanita itu antara 11 malam, 14 Disember hingga 5.30 pagi, 15 Disember tahun lepas di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar, dan juga di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nor Azhar bersama ahli keluarga Bella yang lain turut hadir di mahkamah seawal kira-kira 7.45 pagi bagi mendengar prosiding itu.

Pada Jumaat lepas, polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani di sini, selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan Bella.

Pada 14 Disember tahun lepas, Bella dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada 11.50 malam dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran dan gagal dihubungi sejak itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar