web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Kos Haji Disebabkan Beberapa Faktor – Zulkifli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 5:09PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Aspek pertukaran mata wang, kesan daripada pandemik COVID-19 dan cukai nilai tambah (VAT) adalah antara faktor peningkatan kos haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Beliau berkata bagaimanapun, kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin meningkat ketika ini.

"Jika melihat pada perkembangan ekonomi dunia, kita terpaksa meningkatkan kos itu, namun TH dan kerajaan cuba memastikan kos ditanggung jemaah tidak membebankan selain turut memberikan bantuan kewangan sangat besar kepada jemaah tahun ini.

"Dalam kalangan B40, Tabung Haji memberi peruntukan lebih 63 peratus dibantu lagi dengan RM1,000, manakala M40 (42 peratus), ini menunjukkan bagaimana kerajaan dan Tabung Haji telah berusaha bantu meringankan beban jemaah tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Asas Haji dan Kenduri Masjid 2024 di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini hari ini.

Pada Jumaat lepas, TH mengumumkan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat itu tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu tahun ini ditetapkan pada RM12,356, M40 (RM19,152), manakala bagi kumpulan T20, mereka akan dikenakan bayaran penuh kos iaitu RM33,300 seorang.

Sementara itu, Hamidah Payun, 61, yang bakal menunaikan haji tahun ini berkata kenaikan

kos pada tahun ini adalah satu keputusan yang wajar dilakukan oleh Tabung Haji dan kerajaan memandangkan pelbagai kos perbelanjaan semakin meningkat setiap tahun.

"Pada saya, kenaikan kos itu tidak menjadi masalah dan masih berpatutan, kalau kita lihat sekarang semua kos meningkat, jadi wajarlah ada peningkatan," katanya yang menabung di TH sejak 2008 hasil duit pemberian suami setiap bulan.

Bagi pesara swasta, Zulkifli Dahlan, 60, dia telah menjangkakan kenaikan kos haji kerana kos untuk menunaikan ibadah umrah juga meningkat sejak beberapa tahun ini.

'Dulu, saya pergi umrah pada 2019, kos berjumlah RM6,000 kemudian saya pergi lagi pada tahun lepas telah naik RM8,500 ... jadi ia bukan satu isu, peningkatan kos itu memang akan berlaku, saya rasa negara lain kos mereka lagi tinggi berbanding negara kita," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad