web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perluas 'Community Farming' Bantu Kanak-kanak Kurang Nutrisi - Dr Wan Azizah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 4:33PM

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendengar taklimat selepas merasmikan Pusat Community Feeding Bandar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program pertanian komuniti perlu diperluas terhadap masyarakat setempat di kawasan bandar bagi membantu mengatasi masalah kurang nutrisi dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di kawasan berkenaan.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah itu perlu memandangkan peratusan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran atau istilahnya bantut di negara ini, termasuk di kawasan bandar akibat masalah kekurangan nutrisi agak tinggi.

“Oleh itu, saya ada mencadangkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin untuk mewujudkan community farming (pertanian komuniti di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak) bagi membantu mengatasi permasalahan ini dengan mencari mana-mana tanah yang boleh diusahakan untuk menanam sayur-sayuran yang mudah tumbuh seperti timun atau bendi.

"Bagaimanapun, kita perlu juga melihat kepada pengurusan kerana perlu ada badan yang akan bertanggungjawab kerana kita tidak mahu apabila projek ini dilaksanakan kelak ia hanya 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Community Feeding Bandar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata di ibu negara, Program Community Feeding telah bermula sejak Disember 2022 dan masih diteruskan sehingga ke hari ini melibatkan seramai 56 kanak-kanak.

"PPR Desa Tun Razak telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaan program ini kerana ia satu daripada pusat kajian oleh pihak Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2018.

"Program intervensi ini satu program pemakanan yang menyasarkan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun daripada keluarga miskin bandar dengan menyediakan makanan tambahan (lima kali seminggu) sebagai jaminan kebolehdapatan makanan berkhasiat," katanya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata semua inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanakan kerajaan perlu melibatkan ibu bapa, keluarga, komuniti, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan supaya hasrat negara untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan kanak-kanak dapat dijayakan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad