web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasar Raya Simpan Minyak Masak Bersubsidi Lebih Had Diserbu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 9:07AM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Sebuah pasar raya di Sungai Jawi di sini diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang semalam, selepas dipercayai menyimpan minyak masak peket satu kilogram (kg) bersubsidi melebihi had lesen runcit yang dibenarkan.

Bahan kawalan itu juga dipercayai dijual kepada pekerja asing pada harga lebih mahal bagi mengaut keuntungan.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S.Jegan berkata dalam serbuan pada 4 petang itu yang dibuat hasil risikan dan intipan pasukan penguat kuasanya sejak seminggu lepas, menemukan 4,480 kg minyak masak peket satu kg yang disimpan di stor pasar raya tersebut, melebihi had lesen runcit dibenarkan iaitu 1,000 kg.

"Pemilik pasar raya warga tempatan berusia 30-an itu memberi alasan dia menyimpan banyak stok bagi memudahkan urus niaganya dan mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi tersebut daripada pembekal di sekitar negeri ini.

"Kita percaya peniaga mengaut keuntungan mudah dengan menjual minyak masak bersubsidi itu pada harga RM3 hingga RM3.50 sepeket kepada pekerja asing yang tinggal di sekitar kawasan pasar raya tersebut sejak setahun lepas," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Jegan berkata susulan serbuan itu, pihaknya merampas 3,480 kg minyak masak berkenaan yang bernilai RM8,700 dan beberapa dokumen bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

"Kami telah merekodkan keterangan pemilik pasar raya untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar