web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bandar PR1MA Pertama Dilancarkan Tahun Ini – Nga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 4:28PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina berhampiran tapak pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kampus Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam kenyataan berkata projek di atas tanah seluas 57.5 hektar yang membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM800 juta itu, menawarkan lebih 1,000 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi

"Pelancaran Bandar PR1MA ini juga akan menawarkan perancangan bandar yang mampan, lestari dan selesa," katanya.

Menurut kenyataan itu, perkembangan tersebut antara yang disembah maklum semasa beliau menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Hinggap Perak di sini, semalam.

Pada 14 Oktober tahun lepas, Nga dilaporkan berkata Bandar PR1MA itu akan menempatkan kira-kira 1,700 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) model baharu bernilai RM100 juta.

Dalam sesi menghadap berkenaan, beliau turut menyembah maklum kepada Sultan Nazrin mengenai pencapaian dan inisiatif kementerian dalam usaha membantu rakyat sejak Kerajaan MADANI dibentuk pada Disember 2022.

Turut dipersembahkan ialah siri-siri kejayaan kementerian dalam melaksanakan pembinaan prasarana awam antaranya model baharu pasar-pasar awam, inisiatif tandas awam bertaraf 'BMW' dan MyKiosk yang bertenaga hijau, menurut kenyataan itu.

Selain itu, Nga turut menyatakan komitmen beliau untuk terus memacu pembangunan rumah mampu milik berkualiti tinggi serta model baharu PPR yang bakal diluncurkan tidak lama lagi. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad