web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menyamar Sebagai Polis, 3 Termasuk 2 Pelajar Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 8:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah ditahan disyaki menipu sebagai tahanan polis, membebaskan tahanan serta menyamar sebagai anggota polis dengan melibatkan kerugian berjumlah RM25,000 pada November lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata seorang daripada mereka iaitu remaja berusia 15 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah di sini, telah menipu dirinya ditahan polis dan berkomplot dengan dua lagi rakannya berusia 17 dan 29 tahun yang menyamar sebagai anggota polis.

"Pelajar berusia 15 tahun itu merupakan anak tunggal dan tidak pulang ke rumah selama dua hari sejak 25 November lepas sehingga menyebabkan ibunya bertindak berjumpa dengan lelaki berusia 29 tahun terbabit pada 27 November untuk mengetahui tentang anaknya.

"Wanita itu dimaklumkan oleh lelaki itu yang menyamar sebagai polis bahawa anaknya telah ditahan dan memerlukan sejumlah wang untuk pembebasan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua hari kemudian, wanita berusia 58 tahun yang bekerja sebagai pembantu klinik itu telah mengeluarkan wang berjumlah RM25,000 daripada Tabung Haji Cawangan Masjid Tanah dan menyerahkannya pada hari sama kepada lelaki berusia 29 tahun itu dan rakan lelakinya yang berusia 17 tahun di Pekan Masjid Tanah.

Arshad berkata anak wanita terbabit pulang ke rumah pada 30 November lepas dan wanita itu dengan dibantu adik iparnya kemudian membuat semakan di Balai Polis Seremban, pada 1 Disember lepas berhubung dengan tangkapan anaknya, namun disahkan tiada tangkapan dilakukan terhadap anaknya.

Beliau berkata wanita terbabit yang menyedari ditipu anak dan dua rakan anaknya itu membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah pada 2 Disember lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan ketiga-tiganya akan dituduh di Mahkamah Majistret
Alor Gajah pada esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad