web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Warga Emas Didakwa Memandu Secara Berbahaya, Sebabkan Kemalangan 3 Motosikal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2024 12:48PM

Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan, November tahun lepas.

Tan Leuk Ley, 76, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu selepas dibacakan dihadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Mengikut pertuduhan pertama, Tan didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya menyebabkan kemalangan motosikal ditunggang Mohammad Afiq Roszani, 23, di Jalan Bukit Gambir, di sini, pada pukul 2.15 petang, 27 November, 2023.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal ditunggang Mohd Nor Ezrie Ahamad Nordin, 40, bersama pembonceng Nur Irfan Hakim Mohd Nor Ezrie, 15, di tempat, hari dan masa yang sama.

Untuk pertuduhan ketiga, juga di tempat, hari dan masa yang sama, Tan didakwa memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan motosikal ditunggang Muhammad Syamil Zulkarnain, 22 dan pembonceng Kristina Abdulllah, 22.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM5,000 dan maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ashraf Ali, memohon jaminan RM30,000 dikenakan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Peguam tertuduh, Dev Kumaraendran memohon supaya jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya merupakan seorang pesara kerajaan dan bergantung kepada wang pencen berjumlah RM1,800 sebulan.

"Anak guam saya juga mempunyai penyakit ketumbuhan di dalam telinga yang menyebabkan telinganya mengalami masalah pendengaran.

"Dia juga masih mendapatkan rawatan penyakit berkenaan di hospital dan sejak hari kejadian dia sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis" katanya.

Majistret Siti Nurul Suhaila menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan dia serta ahli keluarganya tidak dibenarkan menganggu mangsa-mangsa. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad