web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Ketua Hakim Negara Akan Diterima Masuk Sebagai Peguam Belas Dan Peguam Cara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 4:14PM

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif akan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya, Rabu ini (17Januari).

Firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam kenyataan media hari ini memaklumkan prosiding petisyen penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara atau dikenali sebagai upacara 'long call' akan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada 9.30 pagi.

"Pada upacara itu, Tun Md Raus akan dipakaikan jubah peguam oleh bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin," menurut firma berkenaan.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun pula akan mengusulkan kemasukan Md Raus sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.

Md Raus memegang jawatan Ketua Hakim Negara bermula April 2017 dan meletak jawatan pada Julai 2018.

Beliau yang memperoleh ljazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya pada 1976, pernah memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dari September 2011 hingga April 2017.

Pada 1994, Md Raus dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi sejak 1996 dan menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 2006. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad