web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKM Kelantan Sediakan Khidmat Sokongan Psikologi Kepada Lebih 45,000 Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 1:29PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menyediakan perkhidmatan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi (IKSP) kepada 45,892 mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Kelantan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) tahun lepas.

Pengarah JKM Kelantan Said Sidup berkata ia melibatkan seramai 7,886 mangsa banjir bagi gelombang pertama pada November manakala 38,006 mangsa semasa gelombang kedua, Disember lepas

"JKM selaku antara agensi bantuan dan pemulihan, dipertanggungjawab untuk menguruskan kesemua PPS yang dibuka.

"Selain menguruskan pusat pemindahan, pakaian, makanan dan keperluan asas, JKM juga menyediakan perkhidmatan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi (IKSP) kepada mangsa yang terkesan dengan bencana banjir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, IKSP tersebut dikelolakan oleh Pegawai Pskologi dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKM.

Said berkata antara perkhidmatan melalui IKSP adalah Kaunseling Krisis, Pertolongan Cemas Psikologi (PTA), Intervensi Krisis atau Jangka Pendek, Sesi Kelompok Sokongan, aktiviti Psikopendidikan (ceramah), aktiviti Psikoterapi dan Taklimat (Petugas Bencana).

"Seramai 13 pegawai dan penolong pegawai psikologi di JKM Kelantan dengan dibantu oleh sukarelawan Pasukan Sokongan Psikologi (PST) telah ditugaskan untuk menyantuni mangsa bencana di PPS dengan menawarkan perkhidmatan IKSP ini.

"Mereka menjalankan saringan keperluan intervensi secara manual menggunakan Kit Krisis JKM yang diagihkan kepada setiap keluarga di PPS atau secara dalam talian menggunakan 'google form' dan keputusan saringan akan terus dinilai oleh pegawai psikologi," katanya.

Menurutnya, saringan itu bertujuan mengenal pasti mangsa yang terkesan teruk secara psikologi akibat bencana dan akan diberikan intervensi segera jika mangsa menunjukkan keputusan simptom trauma yang teruk. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad