web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Rugi Lebih Setengah Juta Ringgit Akibat Terpedaya Pelaburan Saham Di Facebook

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 1:01PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita tempatan kerugian lebih setengah juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata wanita berusia 54 tahun itu memberitahu dia berurusan dengan seorang wanita dari China menerusi aplikasi WhatsApp, selepas menekan pautan Facebook tawaran pelaburan saham tersebut pada Oktober lepas.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diarahkan memuat naik sebuah aplikasi dan memberi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat akuan bank bagi tujuan pendaftaran.

"Mangsa yang berminat, telah memasukkan wang berjumlah RM314,000 ke dalam tiga akaun bank syarikat yang berbeza secara berperingkat.

"Mangsa kemudian membuat semakan menerusi akaun di dalam aplikasi tersebut dan mendapati telah memperoleh keuntungan sebanyak RM2.03 juta.

“Namun, mangsa telah diminta untuk membayar sebanyak RM240,000 jika ingin mengeluarkan keuntungan tersebut," katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa sehingga kini tidak memperoleh sebarang keuntungan selepas wanita warga asing tersebut memberitahu bahawa akaun mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram dan keuntungan tidak boleh dikeluarkan.

Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan serta membuat semakan dengan pihak berkuasa jika mempunyai sebarang keraguan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 15 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad