web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk RKT Kesedar Renok Baru Ketakutan 'Dikunjungi' Gajah Liar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 12:56PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru di sini, mendakwa tiga ekor gajah liar berkeliaran di penempatan itu sejak Rabu lepas (10 Januari) sekali gus menimbulkan ketakutan kepada mereka.

Penduduk Kartini Mohamed, 45, berkata beliau menyedari kehadiran mamalia terbabit selepas menghidu bau yang kuat seakan lumpur di luar kediamannya lewat petang hari kejadian.

"Saya kemudian menjenguk ke luar tingkap dan melihat terdapat sekawan gajah liar di tepi rumah.

"Saya segera memadamkan lampu dan hanya berdiam diri di dalam rumah kerana amat takut selepas melihat saiz gajah yang besar itu," katanya ketika ditemui pemberita di RKT Kesedar Renok Baru, di sini.

Menurut warga emas Halimah Ngoh, 67, gajah liar itu turut merosakkan kira-kira 15 pokok kelapa di tepi rumahnya.

"Pada waktu subuh saya bangun dan dapat melihat pasu jatuh dan ada kesan tapak kaki gajah tepi rumah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan Mohamad Hafid Rohani meminta penduduk yang terserempak dengan gajah supaya segera menjarakkan diri, bersembunyi serta mengelakkan daripada melakukan sebarang provokasi terhadap mamalia itu.

Beliau turut menasihatkan peneroka untuk keluar bekerja secara berkumpulan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 15 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad