web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Lebat: Penduduk Kota Tinggi Diminta Bersedia Pindah Jika Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 8:46PM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika melawat penduduk yang terpaksa berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Tinggi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Penduduk di Kota Tinggi diminta bersiap sedia untuk berpindah sekiranya banjir susulan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) meramalkan daerah ini akan dilanda hujan lebat pada hujung minggu ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat sebanyak 65 titik panas banjir di daerah itu dan penduduk dinasihatkan untuk peka dan mengambil tahu ramalan cuaca yang dikeluarkan Met Malaysia untuk mereka lebih bersiap sedia.

Beliau berkata perkara itu susulan laporan yang diterima pihaknya, mengenai masih ada penduduk di situ yang berlengah ketika diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pihak berkuasa, semasa banjir melanda Kota Tinggi pada 7 Januari lalu.

“Walaupun individu yang berbuat demikian tidak ramai, saya ingin nasihatkan mereka untuk tidak lagi berbuat demikian apabila pasukan penyelamat sampai di kediaman mereka, kerana jika pasukan penyelamat telah sampai, bermakna misi menyelamat telah pun bermula.

"Arahan untuk berpindah ini kita keluarkan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kejadian tidak diingini berlaku," katanya selepas meninjau PPS Dewan Vokasional Kota Tinggi dan Dewan Kota Kecil Kota Tinggi, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata pihak polis memaklumkan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian pecah rumah dan premis perniagaan berlaku sejak banjir berlaku sejak 7 Januari lalu.

Ditanya mengenai pengurusan pasca banjir, Saifuddin Nasution berkata agensi kerajaan yang terlibat telah mempunyai prosedur operasi standard yang jelas di peringkat daerah, negeri dan nasional bagaimana untuk menggerakkan aset dan anggota bagi membantu mangsa banjir pada fasa berkenaan.

Situasi banjir di Kota Tinggi yang merupakan daerah paling teruk dilanda bencana itu, dilihat semakin baik berikutan penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS kepada 4,139 setakat 6 petang ini.

Pemerhatian Bernama di kawasan sekitar daerah itu juga mendapati banjir surut sepenuhnya di

jalan-jalan utama di pusat bandar, yang sebelum ini ditutup sepenuhnya sehingga semalam kerana dinaiki air setinggi hingga dua meter. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad