Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Palam Pintu Tercabut Dari Pesawat Alaska Airlines Ada Tulisan ‘Made In Malaysia’

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 8:18PM

Palam pintu yang tercabut. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin terpalit dengan kontroversi penerbangan global baharu susulan penemuan pintu sebuah Boeing 737 Max 9 yang tercabut ketika melakukan penerbangan di barat daya Portland di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada 5 Januari lalu.

Seorang guru, Bob Sauer, dilaporkan menemui palam pintu berkenaan yang tercabut dari pesawat 1282 Alaska Airlines kemudian tersangkut di atas pokok di halaman rumahnya sebelum beliau merakamkan gambar objek itu.

Antara maklumat yang beliau berikan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat dan pihak media bahawa beliau membaca perincian pembuatan yang tertulis pada objek berkenaan, iaitu sebahagian daripada fiuslaj pesawat terbabit.

Menurut laporan penyiar Oregon Public Broadcasting di laman portal beritanya, (www.opb.org), Sauer dilaporkan berkata, maklumat itu jelas menyatakan bahawa ia dibuat di Malaysia.

Laporan itu menyebut, guru berkenaan tertarik melihat nombor siri palam pintu dan butiran pembuatan lain yang kelihatan ditulis tangan di palam pintu itu menggunakan pen dakwat kekal.

“Ia cara menarik membuat kawalan inventori,” beliau dilaporkan berkata.

Laporan itu juga menyebut bahawa tulis di palam pintu berkenaan menyatakan ia buatan Malaysia, selain menyertakan sekeping gambar yang jelas menunjukkan ayat ‘Made in Malaysia’ yang kelihatan ditulis tangan.

Pengeluar kapal terbang Boeing, memaklumkan mereka tidak boleh menjawab persoalan mengenai tulisan tangan itu kerana siasatan sedang dijalankan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS.

Ketika berita ini ditulis, The Vibes masih cuba menghubungi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mendapatkan maklum balas berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Sauer menyifatkan penemuan palam pintu dari pesawat Boeing itu sebagai bernasib baik.

Beliau berkata, pokok besar di keliling kediamannya, berkemungkinan mengurangkan impak apabila pintu berkenaan terjatuh dari jarak yang tinggi.

Kesemua 171 penumpang dan enam kru penerbangan pesawat berkenaan selamat tiba semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, pada Jumaat malam (Waktu Standard Pasifik), dengan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Mereka dilaporkan hanya mengadu terkesan susulan berlaku nyahtekanan apabila juruterbang membawa pesawat yang mengalami kecemasan itu ke paras lebih rendah dan ia selamat mendarat di lapangan terbang sama ia berlepas sebelum itu.

Menurut pelbagai laporan media, palam pintu itu terpisah daripada fiuslaj beberapa minit selepas pesawat itu mendaki apabila ia berlepas dari lapangan terbang berkenaan.

Sebanyak 171 pesawat Boeing 737 Max 9 dilaporkan dilarang terbang oleh pihak berkuasa AS selepas insiden berkenaan.

Banyak syarikat penerbangan di tempat lain dipercayai tidak menerbangkan model pesawat ini sementara menunggu arahan bagaimana untuk memeriksanya.

Pada masa sama, agensi berita CBS News melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Beoing, Dave Calhoun mengaku kepada kakitangannya dalam satu mesyuarat pada Selasa bahawa syarikat itu “mengakui kesilapannya” selepas palam pintu meletup di udara.

Jurucakap Boeing kemudian mengesahkan kepada CBS News mengenai kenyataan Calhoun dalam mesyuarat berkenaan.

CBS News juga melaporkan Calhoun sebagai berkata syarikat pengeluar kapal terbang itu menangani perkara itu 100 peratus dan dengan sepenuh ketelusan sepanjang masa, selain akan bekerjasama dengan NTSB. – Getaran, 11 Januari 2024

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selesai Di Kedah, PM Meriahkan Pula Rumah Terbuka Aidilfitri Pulau Pinang

Politik 1 hari yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran