web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejadian Disyaki Khianat Guna Api Mungkin Ada Kaitan Dengan Kenyataan Pada 28 Dis – Ngeh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 3:59PM

Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham pada sidang media hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANJUNG - Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham percaya bahawa kejadian yang didakwa sebagai khianat dengan api yang berlaku di rumahnya di Ayer Tawar awal pagi tadi, mungkin berpunca daripada kenyataan media yang dikeluarkannya pada 28 Dis tahun lepas.

Ngeh berkata kenyataan media itu adalah bagi menjawab cadangan kerajaan Persekutuan untuk membentuk sebuah jawatankuasa yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi untuk mengkaji konflik antara Undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan, dengan kesemua 11 ahli jawatankuasa tersebut adalah beragama Islam.

Menurut Ngeh, beliau telah mencadangkan supaya pakar Perlembagaan bukan Islam dilantik ke dalam jawatankuasa itu supaya mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

"Saya secara khusus menyatakan bahawa pandangan orang bukan Islam berhubung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan diambil kira.

“Tidak pernah pada bila-bila masa saya mengatakan bahawa mereka campur tangan dalam Undang-undang Islam atau perkara-perkara berkaitan Islam.

"Saya juga mencadangkan supaya wakil daripada Badan Peguam Malaysia dilantik kerana ia adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan kepentingan dalam apa-apa perkara berkaitan undang-undang negara kita," katanya dalam sidang media di sini hari ini, sambil menambah bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang bergaduh atau berselisih faham dengan sesiapa pun, sebelum kejadian kebakaran itu, hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad