web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru Suspek Baling Molotov Cocktail Ke Kediaman Ngeh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jan 2024 12:26PM

Keadaan sebuah kereta mewah yang diletakkan di perkarangan rumah wakil rakyat DAP itu yang terbakar selepas dilontar dengan Molotov Cocktail. - gambar polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis sedang giat mengesan individu yang disyaki melontar molotov cocktail ke rumah Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar dekat sini awal pagi tadi, sehingga menyebabkan sebuah kenderaan terbakar.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis Manjung telah menerima panggilan dari Ngeh sendiri yang memaklumkan insiden itu pada pukul 2.55 pagi tadi.

Katanya kejadian itu menyebabkan sebuah kereta Mercedes Benz terbakar, manakala sebuah kereta Honda CR-V terjejas sedikit pada bahagian belakang serta kanannya akibat bahang kebakaran, dan sebuah Toyota Hilux turut terjejas pada bahagian hadapannya.

Dalam kenyataan di sini pagi tadi beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

Mohd Yusri seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim dengan menelefon 019-3927837 bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam kenyataan hari ini berkata DAP meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil perhatian serius terhadap kejadian itu, di samping perlu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad