web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Ngeh Dilontar Molotov Cocktail, DAP Minta KDN, PDRM Ambil Perhatian Serius

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 11:55AM

Cebisan daripada Molotov Cocktail yang dilepar ke kediaman Ahli Parlimen Berus, Datuk Ngeh Koo Ham. - gambar polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil perhatian serius susulan kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dilontar dengan "molotov cocktail" dalam kejadian pada awal pagi tadi.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dalam kenyataan hari ini berkata kejadian terbabit menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta Ngeh.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata KDN dan PDRM perlu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.

“Saya mewakili seluruh pimpinan DAP berasa simpati dan bersolidariti dengan keluarga beliau.

"DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan ganas ini yang mengancam keselamatan nyawa keluarga beliau dan menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sama sekali bagi menangani perbezaan dalam masyarakat kita," katanya.

Loke berkata susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat.

"Kami yakin pihak polis akan bertindak tegas dan cepat untuk menyiasat dan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah itu," katanya.

Mengenai kejadian berkenaan, Loke berkata bomba berjaya memadamkan api sebelum ia merebak ke dalam kediaman Ahli Parlimen DAP itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad