web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syor Jadikan Wanita Umpama 'Alat' Selesaikan Masalah Sosial Rendahkan Martabat Wanita – Nancy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 8:34PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Sebarang syor yang meletakkan wanita umpama 'alat’ untuk menyelesaikan masalah sosial dilihat sebagai merendahkan martabat wanita, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

"Cadangan ataupun gurauan yang tidak sensitif terhadap wanita tidak boleh dijadikan normalisasi, apatah lagi ia bercanggah daripada pelbagai sudut, sama ada dari sudut undang-undang, nilai kekeluargaan, budaya dan agama,' katanya dalam kenyataan hari ini, merujuk kepada satu kenyataan dalam siaran audio siar (podcast) seorang pelakon tempatan.

Pelakon terkenal tanah air Datuk Rosyam Nor menerusi audio siar Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel berkata pusat pelacuran perlu ada untuk 'kemudahan' warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Nancy berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap sebarang bentuk keganasan terhadap wanita sama ada secara fizikal, seksual, emosi, mahupun psikologi dan pendirian itu didukung penuh oleh kerajaan dan disokong merentasi kementerian.

KPWKM sentiasa fokus kepada usaha memperkasa wanita dan mengarusperdanakan gender di samping menyediakan ekosistem terbaik dan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan wanita mempunyai peluang yang adil sama seperti peluang yang dimiliki oleh golongan lelaki, katanya.

"Saya percaya rakyat Malaysia adalah rakyat berilmu dan bertamadun dan kita perlu bertindak dengan lebih baik dan bijak di masa hadapan terutamanya untuk menonjolkan contoh yang terpuji kepada generasi kita akan datang," katanya.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar