Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Persekutuan Memerlukan Usaha Gergasi Bagi Memastikan Penduduk Luar Bandar, Pedalaman Mendaftar Dengan PADU

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 4:05PM

Soalan lazim mengenai PADU. - gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerajaan berdepan kesukaran serta memerlukan usaha gigih yang bukan sedikit dalam untuk memastikan setiap rakyat di semua kawasan pedalaman Sarawak mendaftar dengan Pangkalan Data Utama (PADU).

Wakil rakyat dalam kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), di Telang Usan, Dennis Ngau, mengingatkan bahawa ramai penduduk di kawasan pedalaman Sarawak masih tidak mengetahui mengenai sistem dalam talian itu.

Telang Usan antara kawasan pedalaman terpencil dan sukar dihubungi secara geografi di Sarawak.

“Kami ingin memberi sepenuh sokongan terhadap semua usaha yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan dan negeri untuk membawa kebaikan kepada komuniti pedalaman. 

“Proses pendaftaran secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menjayakan pemprofilan PADU.

“Kebanyakan penduduk di pedalaman masih tidak menyedari mengenai PADU dan bagaimana untuk mendaftar,” katanya pada perhimpunan Persatuan Kayan Sarawak semalam.

PADU adalah sistem pemprofilan yang diuruskan kerajaan Persekutuan untuk semua rakyat Malaysia bagi memastikan mereka layak mendapat bantuan kerajaan seperti subsidi untuk barangan asas dan pelbagai jenis bantuan lain untuk kumpulan berpendapatan rendah.

Ngau yang juga presiden persatuan itu, adalah ahli Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), yang menjadi tulang belakang GPS.

"Kita perlu melaksanakan pelbagai program kesedaran untuk membantu penduduk luar bandar mendaftar PADU kerana mereka memerlukan kemudahan telekomunikasi mudah alih yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata, semua badan yang mewakili komuniti etnik perlu menyumbang dalam membantu usaha pendaftaran.

PADU yang dilancarkan pada 2 Januari lalu mengandungi profil status sosio-ekonomi individu dan isirumah, termasuk warganegara dan penduduk tetap di Malaysia.

Ia meliputi hampir 300 jenis data bawah kerajaan Persekutuan dan pada masa hadapan secara progresif mengambil data dari kerajaan negeri serta tempatan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, sebelum ini memaklumkan rakyat Malaysia boleh mengemas kini perincian peribadi masing-masing dalam sistem berkenaan secara dalam talian sehingga 31 Mac ini.

Portal The Vibes sebelum ini melaporkan mengenai kebimbangan banyak komuniti luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai capaian internet atau telefon mudah alih, yang menghalang mereka daripada mengakses kepada sistem berkenaan.

Wakil rakyat yang dipilih masih lagi belum memulakan sebarang program jangkauan (outreach) untuk memberi penerangan mengenai PADU kepada komuniti akar umbi.

Masih ada sesetengah pihak yang tidak mengetahui mengenai keperluan untuk mengakses internet bagi membuat permohonan serta melengkapkan proses pendaftaran.

Perkara ini juga memberi kesan kepada penduduk bandar dalam situasi sama.

Ketua komuniti Tring-Berawan, iaitu organisasi yang mewakili etnik minoriti, Willie Kajan, berkata setiap individu memerlukan telefon mudah alih untuk mendapatkan kata laluan apabila memdaftar.

Keadaan ini menyukarkan individu yang tidak memiliki telefon bimbit atau berada di lokasi yang tiada capaian telekomunikasi mudah alih.

“Wakil rakyat perlu mula turun ke lapangan dan memberi penerangan mengenai semua ini kepada penduduk akar umbi,” katanya.

Turut menyuarakan kebimbangan adalah Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sarawak, Senator Abun Sui Anyit, dan beliau meminta pemimpin di Putrajaya untuk tidak menetapkan tarikh akhir untuk pendaftaran bagi penduduk di luar bandar. – Getaran, 9 Januari 2024

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu