web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Johor, Pahang Berkurang Kepada 8,366 Pagi Ini - NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 9:57AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang mencatatkan sedikit penurunan kepada 8,366 yang berlindung di 73 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 6 pagi ini berbanding 8,566 di jumlah PPS sama malam tadi.

Menurut laporan terkini situasi bencana dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), di Johor, sebanyak 26 PPS dibuka di Kota Tinggi yang menempatkan 4,707 mangsa, diikuti 13 di Kluang (1,601), lima di Johor Bahru (840), tiga di Segamat (73) serta sebuah PPS masing-masing di Kulai (86) dan Pontian (17).

Di Pahang, jumlah mangsa berkurang kepada 1,042 yang berlindung di 22 PPS di tiga daerah berbanding 1,222 di 27 PPS, malam tadi.

Seramai 360 mangsa ditempatkan di lapan PPS di Pekan, serta masing-masing tujuh PPS di Maran (341 mangsa) dan Rompin (341 mangsa).

Sebuah PPS turut dibuka di Kuching, Sarawak disebabkan bencana kebakaran yang menempatkan 38 mangsa.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor mencatatkan paras bahaya antaranya Sungai Skudai di Johor Bahru, Sungai Johor (Johor Bahru), Sungai Johor (Kota Tinggi), Sungai Johor (Kulai) dan Sungai Endau (Kluang).

Selain itu, Sungai Perak (Hulu Perak, Perak), Sungai Arau (Arau, Perlis) dan sungai di Pahang iaitu Sungai Kuantan (Kuantan), Sungai Pahang (Pekan), Sungai Pahang (Jerantut), Sungai Pahang (Maran) dan Sungai Rompin (Rompin).

Laporan itu memaklumkan terdapat 60 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan tanah runtuh, antaranya Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor, Jalan Sungai Sam Ke Dabong, Jeli di Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik- Jeli, Hulu Perak di Perak dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad