web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM: Bekas Perdana Menteri Akan Dipanggil Beri Keterangan Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 8:32PM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang bekas perdana menteri dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berkaitan perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Simposium Tatakelola Baik 2024 di sini hari ini, berkata bekas pemimpin negara berkenaan antara empat individu yang bakal dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kalau melibatkan bekas perdana menteri, setakat ini hanya seorang.

Mereka ini akan dipanggil dalam minggu ini atau selewat-lewatnya pada minggu hadapan," katanya turut akan dipanggil adalah bekas pegawai pemimpin berkenaan.

Azam berkata siasatan kes itu tertumpu terhadap perbelanjaan dana yang diterima, selain  siasatan terhadap syarikat-syarikat yang menerima dana terbabit.

"Yang penting kita nak tengok bagaimana duit dibelanjakan, kami tidak banyak soalan bagaimana ia diputuskan atau diluluskan, tetapi berkaitan bagaimana ia dibelanjakan oleh syarikat-syarikat itu," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM telah memulakan siasatan awal berhubung dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu, bagi tujuan promosi dan publisiti agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Sementara itu mengenai siasatan terhadap Aman Palestin Bhd, Azam berkata siasatan kini giat dilaksanakan terhadap perbelanjaan beberapa syarikat berkaitan yang berkaitan organisasi berkenaan.

"Kita masih lagi menyiasat tentang isu wang-wang yang dibelanjakan termasuk (kepada) syarikat-syarikat yang ditubuhkan. Dan siasat betul ke wang itu dihantar kepada Palestine, Syria dan sebagainya," katanya.

SPRM sebelum ini mengesahkan telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat Aman Palestine bernilai RM15,868,762 yang dilakukan berhubung dakwaan salah guna wang sumbangan orang ramai kepada badan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 17 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar