web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Wan Azizah Sampaikan Sumbangan Kepada Pemuda OKU Hidap Pelbagai Penyakit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jan 2024 4:01PM

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan sumbangan kepada pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) Nor Aliff Mohd Nor, yang menghidap pelbagai penyakit di kediamannya di Perumahan Awam Sri Johor di Cheras di sini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyampaikan sumbangan kepada pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) Nor Aliff Mohd Nor, yang menghidap pelbagai penyakit di kediamannya di Perumahan Awam Sri Johor di Cheras di sini.

Selain cacat fizikal, Nor Alif, 37, juga menghidap penyakit jantung, kencing manis, gout dan lumpuh separuh badan, menetap bersama dua adik-beradik lain yang berusia 14 dan 16 tahun setelah kematian ibu bapa mereka.

Wan Azizah berkata banyak perkara yang perlu dibantu dan difahamkan Nor Aliff juga ada berhutang dengan hospital yang menyebabkan rawatannya perlu dihentikan.

"Jadi, kita sedang usahakan untuk menyambung semula rawatannya itu. Kita juga akan bagi bantuan makanan untuk adik-adiknya selain akan cuba permudahkan urusan persekolahan mereka," kata Wan Azizah kepada pemberita selepas menyantuni pemuda berkenaan.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyumbangkan wang tunai dan bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain bantuan daripada Tabung Kebajikan serta Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah turut mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat korporat yang prihatin untuk terus menyumbang kepada Yayasan Wilayah Persekutuan bagi membantu meningkatkan taraf hidup warga Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad