web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Musabaqah Cilik TaHa Inisiatif TH Martabatkan Al-Quran Kalangan Pelajar Sekolah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 12:40PM

Peserta dan pemenang Musabaqah Cilik TaHa bergambar kenangan. - gambar TH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Kelab TaHa berhasrat meneruskan program Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan pada tahun-tahun akan datang dan merancang penganjurannya diluaskan bagi pelajar sekolah menengah.

TH dalam kenyataan menyebut Musabaqah Cilik TaHa yang telah dilaksanakan sejak 2022 mempunyai objektif utama untuk membudayakan pembacaan dan melahirkan generasi cintakan al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah.

Pada 22 Dis lepas, Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan 2023 telah diadakan di Dewan Besar TH, Menara TH Jalan Tun Razak di sini yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi TH.

Program tersebut adalah khusus kepada pendeposit TH yang merupakan ahli Kelab TaHa yang berumur 7 hingga 12 tahun untuk menunjukkan potensi dan bakat mereka mengalunkan ayat-ayat al-Quran.

Musabaqah Cilik TaHa 2023 telah dilaksanakan di seluruh negara sejak September tahun lepas yang mendapat sambutan lebih 1,000 penyertaan.

Johan qari dan qariah Musabaqah Cilik TaHa peringkat negeri seterusnya bertanding diperingkat wilayah melibatkan Wilayah Utara, Tengah, Selatan, Timur serta Sabah dan Sarawak sebelum merebut gelaran johan qari dan qariah Musabaqah Cilik TaHa Peringkat Kebangsaan 2023.

Muhammad Aqeef Ahmad Zuhdi,12, yang mewakili Wilayah Utara telah dinobatkan sebagai johan qari manakala Nur Qiesya Zhafirah Mohammad Ramdan, 10, yang mewakili Wilayah Sabah/Sarawak dinobatkan sebagai johan qariah.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan barangan cenderahati Kelab TaHa.

Dalam kenyataan sama, Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata penganjuran musabaqah itu antara inisiatif TH untuk memartabatkan al-Quran dalam diri pelajar sekolah.

Beliau berkata ia juga sebagai usaha TH mendekati pendeposit muda selain menyampaikan kelebihan menyimpan di institusi kewangan Islam itu.

"TH melalui program ini yakin bahawa platfom ini dapat menarik minat pelajar sekolah untuk menjadikannya sebagai batu loncatan untuk mewakili negara di persada antarabangsa, insya-Allah," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar