web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ATM Siap Siaga Bantu Mangsa Pasca Banjir - Mohamed Khaled

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jan 2024 4:07PM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendengar taklimat di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi,di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga menerima arahan berkaitan sebarang operasi membantu mangsa dalam mendepani proses pemulihan pasca banjir.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima arahan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"(Pasca banjir), semua ini di bawah NADMA dan kita sedia terima apa-apa tugasan apatah lagi diperlukan untuk pasca banjir" katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi,di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa kawasan di negeri ini sehingga esok, dan anggota ATM tetap diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pelbagai kemungkinan berlakunya banjir.

"Di Johor kita mempunyai enam pegawai dan 66 anggota pangkat-pangkat lain untuk ditugaskan bantu keadaan banjir di sini. Satu perkara kita hadapi tidak ada jalan terputus kalau ada pun kita akan lihat bagaimana ATM akan bantu.

"Kalau di Kota Tinggi anggota kita berpengkalan di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Kota Tinggi di sini. Setakat ini belum ada lagi amaran gelombang (banjir kedua) hanya dimaklumkan tentang hujan lebat sehingga esok," katanya.

Terdahulu Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut melawat PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota dan Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi di sini.

Dalam pada itu,Mohamed Khaled berkata projek tebatan banjir Sungai Johor yang telah pun ditenderkan dan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Seperti projek tebatan banjir Sungai Johor kita lihat secara menyeluruh bagaimana hendak kurangkan kesan-kesan jika hujan lebat dapat elak banjir.

"Projek melibatkan peruntukan kira-kira antara RM600 juta hingga RM700 juta. Sekarang sudah tender dan dah ditutup tunggu award, katanya.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, setakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 1,197 mangsa banjir daripada 310 keluarga, masih berlindung di PPS. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad