web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 1,197 Orang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 11:32AM

Keadaan banjir di Johor menyaksikan peningkatan mangsa yang terpaksa berlindung di Pusat Pemindahan Sementara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,197 mangsa banjir di Johor berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, meningkat sedikit berbanding 1,153 malam tadi.

Menurut laporan terkini dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), seramai 793 mangsa ditempatkan di lapan PPS di Kota Tinggi, 277mangsa di dua PPS di Mersing manakala sebuah PPS masing-masing di Johor Bahru (43 mangsa) serta Kluang (84 mangsa).

Berdasarkan laman web publicinfobanjir, empat sungai merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Serian di Sarawak dengan bacaan 9.72 meter (m), Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia (12.09m) dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat (10m), kedua-duanya di Rompin, Pahang manakala Sungai Kahang, Kluang mencatatkan 14.76m.

NADMA turut memaklumkan sebanyak 21 jalan ditutup akibat bencana dan kerosakan setakat 6 pagi tadi, antaranya Jalan Kuala Mentiga-Terapai di Pekan, Pahang, Jalan Kupang/lbong/Kampung Tanjung Luas di Baling, Kedah dan Jalan Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor.

Sementara itu, sebanyak 38 orang ditempatkan di sebuah PPS di Kuching,Sarawak ekoran kejadian kebakaran melibatkan sembilan rumah di Kampung Bintawa Hilir, Petra Jaya,awal pagi tadi - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad