web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Kes 1MDB: Kami Tidak Boleh Kawal Media - DPP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 4:50PM

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri perbicaraan membabitkan 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa mereka tidak dapat mengawal media mengenai cara membuat laporan berkaitan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib membangkitkan perkara itu selepas peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat aduan kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berhubung artikel yang diterbitkan pelbagai media tempatan baru- baru ini yang dikaitkan dengan anak guamnya.

Muhammad Shafee merujuk artikel Selasa lalu yang mengaitkan Najib dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan berkata, artikel itu bersifat prejudis dan laporannya tidak adil kerana daripada AS$681 juta, AS$620 juta telah dikembalikan.

"Tiada bukti bahawa wang itu digunakan untuk mempengaruhi PRU13. Cuma ada bukti wang itu disalurkan untuk pelbagai bahagian UMNO dan usaha tanggungjawab sosial. Kami akan mengambil tindakan terhadap beberapa media kerana menghina," katanya.

Muhammad Shafee juga mengadu mengenai saksi pendakwaan ke-49, Supt Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin, 37, telah membuat pelbagai kesimpulan mengenai kes itu dalam pernyataan saksinya.

"Yang Arif, keputusan kes ini harus diputuskan oleh hakim yang mengendalikan perbicaraan dan bukan oleh saksi dalam prosiding. Adalah menjadi kewajipan pihak pendakwaan untuk mengeluarkan kandungan dengar cakap daripada pernyataan saksi.

Beliau berkata, pihak pembelaan membantah 'kesimpulan' yang dibuat oleh Nur Aida dalam pernyataan saksinya dengan menyatakan anak guamnya telah diprasangka.

Pada ketika ini, Ahmad Akram membantah dengan menyatakan bahawa Nur Aida hanya merujuk kepada laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu pada 2015 yang didakwa dana daripada 1MDB digunakan untuk membeli undi semasa PRU13.

"Justeru laporan media adalah berdasarkan apa yang diperkatakan dalam mahkamah terbuka oleh Nur Aida. Saksi itu hanya memetik laporan rasmi dalam verbatim yang kemudiannya disiasat, oleh itu, kami (pendakwaan) tidak dapat mengawal dan bagaimana media melaporkan.

"Apa yang penting ialah apa yang beliau katakan dalam mahkamah, akhirnya akan menjadi bukti. Beliau hanya merujuk kepada laporan dan membacanya dengan kuat dalam mahkamah terbuka," katanya sambil menambah SPRM terikat dengan undang-undang untuk tidak mendedahkan identiti pengadu sebenar.

Hakim Sequerah sudah mengambil maklum semua bantahan yang dibangkitkan oleh peguam dan seterusnya meminta saksi itu menyambung membaca pernyataannya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung Isnin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar