web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mat Zaki, Bekas Isteri Pemandu E-hailing Nampak Seperti Kekasih – Saksi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 6:38PM

Bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Tawau. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti sepasang kekasih.

Saksi pendakwaan kelapan kes pembunuhan Shim Vui Nyen (HE), 51, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan hubungan itu kerana Mat Zaki dan wanita yang dikenali sebagai Anna Juli atau Ann itu, tidak pernah menyatakan dengan jelas status hubungan mereka.

Ketika diminta Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abdul Rahman untuk menjelaskan lanjut, saksi yang juga seorang pemilik kafe di Lahad Datu berkata mereka nampak seperti sepasang kekasih berdasarkan gerak geri mereka.

Rohaiza: “Boleh jelaskan pada mahkamah berdasarkan pengakuan kamu sejak bila mereka nampak sebagai sepasang kekasih?"

Shim: "Saya yang perasan, kadang kala.”

Rohaiza: “Boleh jelaskan pada mahkamah, tempoh masa sejak bila mereka dilihat sebagai kekasih?"

Shim:"Selepas minum-minum.”

Shim berkata demikian semasa memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu Mat Zaki, enam anggota polis dan seorang orang awam.

Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd AzlanSakaran,40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5 di sini antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Menurut Shim beliau juga pernah bertanyakan kepada wanita itu mengenai status perkahwinannya, yang mana Ann menjawab dia masih bujang.

Menjelas lanjut semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ram Singh mengenai hubungan Mat Zaki dan Ann, Shim berkata Ann pernah dilihat memeluk Mat Zaki selepas satu sesi minum-minum.

Pada satu soalan oleh peguam Datuk Ansari Abdullah, saksi itu berkata Ann pernah menyerang kereta Nurman yang berwarna putih dengan sebatang kayu selepas suatu pertengkaran dalam kafe milik saksi berkenaan.

Shim bagaimanapun bersetuju dengan Ansari bahawa beliau tidak pasti jika pertengkaran itu berkaitan wang yang dipinjamkan kepada Ann oleh mangsa dan belum dibayar balik.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat, Shim memberitahu Ann pernah menghubunginya pada 16 Jan lepas, supaya menghubungi Mat Zaki agar tertuduh tidak membalas mesej yang diterima daripada nombor telefon wanita itu.

Sebaliknya, Mat Zaki boleh membalas mesej yang diterima daripada nombor kod 22298, kata saksi itu.

Perbicaraan depan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad