web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemakaian Cermin Mata Tidak Sebabkan Masalah Untuk Daftar PADU - Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 1:31PM

Pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bermula sejak 2 Januari lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemakaian cermin mata tidak menyebabkan masalah untuk mana-mana individu melaksanakan proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi hantaran di X hari ini berkata, bagi melaksanakan proses berkenaan, pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon bimbit masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar tidak berada dalam tetapan privasi.

Katanya, proses e-KYC boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh kurang lima minit dan setakat 9 pagi ini, seramai 230,443 pengguna sudah melaksanakannya dengan 61 peratus selesai pengesahan.

Beliau berkata, sejak PADU dilancar pada Selasa lalu, bilangan pengguna berdaftar adalah seramai 456,136.

Menyentuh mengenai masalah error code 100, Rafizi berkata, bagi pengguna yang mendaftar PADU menggunakan komputer atau komputer riba, mereka akan diberi kod QR dan seterusnya perlu mengimbas menggunakan telefon pintar untuk proses mengambil gambar kad pengenalan depan dan belakang serta swafoto apabila sampai ke peringkat e-KYC.

"Ketika ini terdapat pengguna yang menghadapi masalah ketika melakukan proses tersebut dan mendapat error code 100. Pengguna perlu mengemas kini sistem pengoperasian telefon pintar masing-masing dengan versi terkini, mengosongkan cache serta memastikan pelayar tidak berada dalam tetapan private," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pengguna masih menghadapi masalah berkaitan e-KYC, mereka boleh hadir ke kaunter PADU yang terdekat dan senarai kaunter boleh didapati di pautan padu.gov.my/hubungi/lokasi.

Selain itu, Rafizi berkata, pengguna juga perlu mengemas kini maklumat pekerjaan, manakala bagi penganggur, mereka boleh memasukkan amaun bantuan atau sumbangan yang diterima sama ada daripada agensi kerajaan atau ahli keluarga bagi menampung kehidupan.

Katanya, mekanisme kawalan maklumat yang dibangunkan dalam sistem PADU memerlukan individu membuat perakuan dan pengesahan maklumat yang dikemas kini, setelah menjalani proses pengesahan identiti melalui e-KYC.

"Setiap maklumat yang telah diperakukan tidak boleh dipinda oleh individu kecuali dengan membuat pelaporan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi membolehkan tindakan dilaksanakan oleh pentadbir PADU," kata Rafızi.

Selain itu, Rafizi berkata, pihaknya sentiasa melihat isu keselamatan siber sebagai isu serius dan akan sentiasa memantau serta menguji sistem PADU untuk memastikan tiada kecacatan atau kelemahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendaftaran PADU: Proses e-KYC Ambil Masa Kurang Lima Minit - Rafizi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Boleh Guna PADU Tanpa Was Was - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Data PADU Tidak Akan Diintegrasi Dengan Sistem Bank - Rafizi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Percubaan Sistem Padu Pada November, Diguna Januari 2024

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad