web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Data PADU Tidak Akan Diintegrasi Dengan Sistem Bank - Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 8:00PM

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berucap pada sesi sidang media Pangkalan Data Utama (PADU) di Menara Prisma Putrajaya hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang bakal dilancar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari 2024 tidak akan diintegrasikan dengan mana-mana sistem maklumat daripada bank, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Pada sidang media PADU di sini hari ini, beliau berkata, ia susulan sistem bank yang termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tidak membenarkan sebarang perkongsian berkaitan sistem data itu.

“Kalau berkaitan dengan bank tak ada sebab bank ada Akta Perkhidmatan Kewangan yang tidak membenarkan sebarang perkongsian sedemikian," katanya ketika diminta mengulas sama ada data bank akan diintegrasikan dalam PADU sekali gus meredakan kegusaran orang ramai mengenai persoalan itu.

PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan dan dijadual dilancarkan pada 2 Januari depan.

Ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain.

Rafizi berkata, antara contoh integrasi data adalah maklumat peribadi rakyat akan diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara, maklumat pendidikan daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, manakala maklumat alamat boleh didapati daripada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad serta operator air.   

Beliau berkata, PADU turut bekerjasama dengan sektor swasta bagi menggalakkan orang ramai mendaftar dan mengemas kini data mereka dalam sistem itu antaranya Touch 'n Go yang menawarkan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) secara percuma kepada 3,000 pendaftar terawal.

Rafizi juga berkata, PADU menjalin kerjasama dengan Mydin dengan menawarkan diskaun pembelian kepada orang ramai yang berdaftar dengan sistem tersebut, namun sebarang perincian akan dikemukakan oleh pasar raya itu kemudian.

Justeru, beliau menggalakkan lebih banyak syarikat atau peruncit untuk turut serta dalam inisiatif kementeriannya supaya dapat merancakkan lagi pendaftaran orang ramai ke dalam sistem PADU.

“Kita galakkan seberapa banyak peruncit dan khidmat lain untuk turut serta… bagi membolehkan mereka mewujudkan tawaran mereka sendiri dan mengambil peluang terhadap fokus serta keterujaan mengenai PADU untuk beberapa bulan akan datang tanpa menggunakan duit kerajaan.

“Kami meramalkan akan terdapat banyak keterujaan dan juga pendaftaran orang nak masuk PADU. (Terbuka kepada) Mana-mana pihak ketiga yang ingin menggunakan ini untuk mendapatkan lebih ramai khalayak ke kedai anda atau menggunakan perkhidmatan digital dengan apa jua cara,” katanya.

Rafizi berkata, sebaik sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri, kerajaan akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat sehingga 31 Mac 2024 bagi tujuan penyasaran semula subsidi.

"Kita buka kepada orang ramai untuk sahkan, sudah tentu kita dapatkan semua data, masuk dalam pautan data dan kebanyakan proses ni pakai Protokol Pemindahan Fail yang selamat, maknanya keseluruhan pangkalan data yang ada dalam sistem akan ada ketetapan daripada agensi terlibat untuk memastikan secara berkala data terbaru dikemas kini.

"Pada masa yang sama, orang ramai pula bila ada portal PADU dibuka, mereka boleh mengemas kini data terbabit pada bila-bila masa sahaja," katanya sambil menambah kerajaan menggalakkan rakyat mengemas kini maklumat mereka bagi memastikan apa yang terdapat dalam PADU adalah yang terkini.

Beliau merujuk pekerja di sektor tidak formal dan berkata, golongan itu diberi peluang mengemas kini maklumat termasuk pendapatan di bawah PADU bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima manfaat yang disediakan kerajaan seperti subsidi.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengemas kini atau membuat pengesahan maklumat, Rafizi berkata, tiada tindakan akan diambil.

"… tapi kerajaan hanya akan menggunakan maklumat yang sedia ada dalam pangkalan data untuk menentukan profil isi rumah dan kelayakan dapat atau tidak subsidi bersasar berdasarkan maklumat itu… jadi kalau tak kemas kini, dia tiada masalah tapi jika anda tidak dapat (subsidi), jangan marah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar