web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu E-hailing Diumpan Keluar Dari Hotel Ke Ladang Kelapa Sawit Sebelum Dibunuh - Pendakwaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 8:59AM

Pegawai Kanan Polis Datuk Mat Zaki Md Zain (kanan) bersama 6 anggota esscom dan seorang awam Vivian Fabian (kiri) didakwa di Mahkamah Tinggi atas peetuduhan membunuh dan bersubahat pemandu e-hailing. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Pendakwaan kes perbicaraan enam anggota polis dan seorang awam yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing akan membuktikan bahawa mangsa telah diumpan keluar dari sebuah hotel di sini dan diarah memandu ke ladang kelapa sawit di mana dia ditikam pada 13 Jan tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dalam ucapan pembukaan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata bedah siasat turut mengesahkan bahawa punca kematian mangsa adalah kecederaan parah pada leher disebabkan oleh objek tajam.

Di kandang tertuduh ialah bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk Mat Zaki Md Zain, lima anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, dan John Kennedy Sanggah, 44, serta seorang awam Vivien Fabian, 34.

Rosdi, Denis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan, Kennedy dan Vivien didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara,Jalan Apas Baru 5 di sini di antara 7.30 malam hingga 11.30 malam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Pada prosiding semalam, empat saksi memberi keterangan termasuk seorang pekerja ladang sawit iaitu Kereiun Elbis, orang pertama menemukan mayat Nurman dan sebuah kereta di Estet Liew Tet Chung pada pagi 16 Jan 2023.

Kereiun berkata dia turut menunjukkan laluan ke lokasi penemuan mayat kepada Koperal Sharifuddin Yusop manakala Pengurus Estet itu Liew Tet Chung pula memaklumkan mahkamah dia ternampak sebuah kenderaan jenis Myvi ketika membawa pekerjanya itu untuk menabur baja.

Liew berkata dia ternampak mayat mangsa di tepi kenderaan terbabit dan menghubungi abang saudaranya yang kemudian menyuruh dia menghubungi polis.

Khairul Azreem turut dibantu oleh Timbalan -Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail, Rohaiza Abdul Rahman, Low Qin Hui dan Mohammad Fakhrurrazi Ahmad manakala Mat Zaki, Khairul Azman, Mohd Azlan, Vivien dan John Kennedy diwakili peguam Ram Singh serta Kamarudin Mohmad Chinki.

Peguam Datuk Ansari Abdullah, Abdul Gani Zalieka dan Erveana Ansari Ali mewakili Rosdi, Denis pula diwakili peguam Hairul Vaiyron Othman dan Luke Ressa Balang manakala Fabian diwakili peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Zahbia Ophent serta Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad