web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sesi Persekolahan Di Kelantan Lancar Termasuk Kawasan Terjejas Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 12:50PM

Gelagat ceria murid-murid sekolah semasa hadir pada sesi persekolahan selepas tamatnya cuti penggal ketiga 2023/2024 ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Sesi persekolahan di 595 sekolah menengah dan rendah di Kelantan berjalan lancar termasuk yang terkesan banjir.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Negeri Kelantan Mat Lazim Mohammad berkata ia berdasarkan tinjauan di beberapa sekolah terjejas banjir terutama di Pasir Mas dan Tumpat.

"Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah telah membuat pemantauan yang memfokuskan kepada sekolah terkesan banjir di daerah Tumpat dan Pasir Mas.

"Saya difahamkan semuanya dapat berjalan dengan baik,' katanya ketika ditemui pemberita selepas tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang di sini hari ini.

Bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Che Sofea Che Faizul, 17, berkata dia berharap banjir gelombang keempat tidak berlaku pada masa peperiksaan berlangsung.

"Saya akan menghadapi SPM bermula 8 Jan dan berakhir Mac nanti. Saya berdoa urusan peperiksaan berjalan dengan baik dan tidak ada banjir berlaku selepas ini.

"Semasa banjir baru-baru ini, kelas persediaan untuk menghadapi SPM dijalankan, tetapi disebabkan banjir, kami terpaksa mendapat bimbingan guru melalui kelas secara dalam talian," katanya.

Calon STPM, Pirayuth Prawing, 20, berkata dia perlu lebih fokus mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan itu pada 22 Jan ini, selepas tidak dapat melakukannya dengan baik akibat rumahnya terjejas banjir. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad