web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PADU Kenal Pasti Rakyat Benar-benar Layak Untuk Subsidi Bersasar – Armizan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 5:25PM

PADU membolehkan kerajaan mengenalpasti rakyat yang benar-benar layak menerima manfaat subsidi bersasar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan Selasa ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata sistem itu juga akan mengenal pasti pelbagai faktor lain antaranya bilangan tanggungan dan bukan hanya jumlah pendapatan atau tahap isi rumah sama ada B40, M40 atau T20.

Justeru katanya ia membolehkan kerajaan memastikan subsidi yang diberikan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, bukan diseleweng pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan.

 “Kita mahu subsidi kerajaan, tahun ini sahaja mencecah RM81 bilion, disampaikan adil atau diberi timbal balik melalui bantuan sosial kepada rakyat memerlukan. Pertimbangan dan penentuan jumlah bantuan sosial kepada rakyat memerlukan ini akan berpandukan kepada data PADU.

“Ada rakyat terima bantuan kebajikan am RM300, pesakit terlantar terima bantuan RM500 adilkah atau perlukan lebih lagi, kita lihat melalui PADU. Tetapi ada subsidi diesel diberikan kepada pemilik ladang sawit bagi kenderaan mereka sedangkan (mereka) raih keuntungan banyak, kita nilai semuanya nanti,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Fun Hike Keluarga Samat di Bukit Bendera, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal meluncurkan PADU Selasa ini (2 Jan) dan sistem itu akan dibuka selama tiga bulan untuk semua warganegara mengesahkan dan mengemas kini data sosioekonomi mereka.

Armizan berkata dalam memastikan subsidi bersasar sampai dan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan, beliau memohon supaya semua rakyat mengesahkan serta mengemas kini data sejurus PADU dilancarkan dan tidak menunggu saat akhir untuk berbuat demikian.

Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar yang akan hadir bersama jaminan bantuan sosial termasuk bantuan tunai yang akan ditentukan jumlahnya kemudian.

Pelaksanaan dasar subsidi bersasar itu katanya tidak bermaksud bahawa subsidi akan ditarik sepenuhnya, sebaliknya ia melibatkan reformasi dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited untuk membantu kerajaan melaksanakan agenda subsidi bersasar dengan komitmen bahawa dasar ini akan hadir bersama jaminan bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad