web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kabel Gentian Optik Putus Akibat Tanah Runtuh, Punca Gangguan Komunikasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 5:21PM

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang Fadzli Mohamad Kamal. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kejadian kabel gentian optik terputus akibat tanah runtuh di laluan dari Lembah Bertam ke Pos Lemoi di Cameron Highlands, telah menyebabkan gangguan perkhidmatan komunikasi terutamanya di kawasan komuniti Orang Asli di situ.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata tanah runtuh di beberapa lokasi itu dipercayai berlaku pada Rabu lepas.

Beliau berkata antara yang terkesan dengan gangguan komunikasi itu ialah penduduk Pos Lemoi dan Pos Telimau yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Ringlet.

"Pada masa ini, kerja-kerja membaiki jalan dan cerun bukit sedang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands

"Selepas itu, kerja penyambungan kabel yang terputus bagi memulihkan perkhidmatan komunikasi boleh dilakukan dan ia dijangka mengambil sedikit masa kerana melibatkan beberapa lokasi," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau.

Fadzli memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memaklumkan status terkini kerja baik pulih itu hingga perkhidmatan komunikasi terlibat pulih sepenuhnya.

Difahamkan, MCMC menerima aduan gangguan perkhidmatan komunikasi itu semalam daripada kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di pos berkenaan dan tindakan sewajarnya terus dilakukan.

Syarikat telekomunikasi terlibat iaitu Maxis juga dapat memasuki kawasan terlibat hari ini selepas kerja pembersihan jalan dilakukan JKR, untuk mengenal pasti lokasi kabel gentian optik terputus supaya kerja baik pulih dapat dilakukan segera. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad