web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Lagenda Bola Sepak Negara Shaharuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 1:49PM

Ucapan takziah Agong dan Permaisuri di Facebook Istana Negara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga legenda bola sepak negara Shaharuddin Abdullah yang meninggal dunia akibat penyakit asma, semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarganya sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Seri Paduka amat menghargai sumbangan Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar, khususnya, kepada sukan bola sepak negara,” menurut catatan itu.

Shaharuddin, 75, pernah mewakili negara dalam Sukan Olimpik Munich 1972 dan ketika zaman kegemilangannya, beliau merupakan seorang penyerang dan penjaring yang handal, berbakat besar serta sukar ditandingi.

Shaharuddin mula bermain untuk pasukan kebangsaan pada 1967 dan kelincahannya di padang menyebabkan beliau diberi gelaran ‘The Black Cat’ dan ‘Sharpshooter’.

Allahyarham merupakan pemain keempat di Malaysia yang paling banyak menjaringkan gol dengan keseluruhan 39 jaringan dalam 70 penampilannya itu, meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak awal pagi semalam. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad