web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nor Hafiza Meninggal Dunia – Suami

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 8:14AM

Fiza Kamarudin. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross, London.

Berita sedih itu dikongsikan suaminya Mohd Roshdi Ramli yang memaklumkan Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

“Perkembangan terkini dia (Siti Nor Hafiza) baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pukul 3 petang,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Bernama melaporkan Mohd Roshdi yang masih berada di London memaklumkan keadaan kesihatan isterinya agak merosot dan membimbangkan serta tekanan darahnya juga sangat rendah.

Mohd Roshdi berkata isterinya menghidap penyakit kanser payudara yang menyerang semula selepas enam tahun bebas daripada penyakit itu.

Siti Nor Hafiza, 40, sebelum itu dirawat di Hospital Charing Cross selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.

Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad