web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


13 Sungai Di Terengganu Lepasi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 12:52PM

Seorang penduduk meredah banjir dengan menaiki bot untuk ke tempat lebih selamat selepas kawasan berkenaan dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Minda, Dungun hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat jam 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan data daripada laman web publicinfobanjir.water.gov.my di Besut, Sungai Besut di Jambatan Keruak merekodkan bacaan 35.08 meter (m) melepasi paras bahaya 35m dan Sungai Besut di Kampung La merekodkan 22.16m (paras bahaya 21.8m).

Di Setiu pula, Sungai Nerus di Kampung Bukit berada pada paras 13.78m (paras bahaya 13.2m) dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri merekodkan bacaan 9.08m (paras bahaya 8.8m), manakala di Kuala Terengganu, Sungai Terengganu di Drawbridge berada pada paras 2.27m (paras bahaya 1.8m).

Selain itu di Hulu Terengganu, Sungai Berang di Kampung Menerong merekodkan bacaan 25.7m (paras bahaya 24.5m), Sungai Peneh di Felda Mengkawang mencatatkan bacaan 37.91m (paras bahaya 37.5m), Sungai Tersat di Kampung Sekayu berada pada paras 22.39m (paras bahaya 21m) dan Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan bacaan 20.93m (paras bahaya 19.7m).

Dalam pada itu di Kemaman, Sungai Tebak di Jambatan Tebak merekodkan bacaan 18.55m (paras bahaya 18.5m), bacaan di Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih pula 14.06m (paras bahaya 14m) dan Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman pula 4.31m (paras bahaya 4m), manakala di Dungun, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau mencatatkan bacaan 14.11m (paras bahaya 12.5m).  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

12 Sungai Masih Catat Bacaan Lepasi Paras Bahaya

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar