web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


12 Sungai Masih Catat Bacaan Lepasi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 4:28PM

Anggota polis mendayung rakit buluh untuk meninjau keadaan rakit yang menempatkan bot-bot peronda berikutan paras air Sungai Kelantan yang masih berada pada paras bahaya ketika tinjauan di Tangga Krai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun cuaca di beberapa lokasi terjejas banjir dilaporkan baik hari ini, 12 sungai utama di tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Selangor masih merekodkan paras bahaya.

Berdasarkan kemaskini https://publicinfobanjir.water.gov.my setakat jam 3 petang tadi, sembilan sungai di Pahang masih lagi merekodkan bacaan melebihi paras bahaya.

Ia terdiri daripada Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera; Sungai Pahang di Water Front, Bera; Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut; Sungai Jengka di Jambatan Kampung Awah, Maran dan Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran.

Turut merekodkan bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dan Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu), Temerloh.

Bagaimanapun, lima daripada sungai terbabit menunjukkan trend peningkatan, empat semakin menurun manakala satu tidak berubah.

Di Kelantan, dua sungai utama merekodkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Sementara itu, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat Selangor masih merekodkan bacaan melebihi paras bahaya namun ia dilaporkan mula menunjukkan trend menurun sejak tengah hari tadi. – Getaran, 22 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar