web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesedaran Penduduk Semakin Tinggi, Ramai Berpindah Sendiri Ke PPS – Bomba

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 4:22PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Kesedaran penduduk Terengganu dalam menyelamatkan diri dan keluarga ketika berhadapan dengan banjir kini semakin tinggi dan wajar dipuji.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan 'As'ari Omar berkata hal itu dapat dilihat dengan ketara pada musim tengkujuh kali ini apabila kebanyakan mangsa berpindah sendiri ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebelum paras air semakin tinggi di kawasan rumah mereka.

“Kalau ikutkan peratusan jumlah kes menyelamat mangsa banjir oleh pihak bomba tidak begitu ramai sebenarnya kerana kesedaran yang sudah menebal dalam kalangan masyarakat.

“Kesedaran ini kita sudah mula nampak pada musim tengkujuh tahun lepas lagi tetapi pada tahun ini semakin ketara dan ia sangat-sangat membantu dan melancarkan operasi pemindahan serta menyelamat mangsa banjir,” katanya kepada pemberita di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang di sini hari ini.

Hassan 'As'ari berkata banjir gelombang ketiga yang melanda negeri ini sejak malam Sabtu menyaksikan JBPM Terengganu berjaya memberi respons terhadap kesemua 75 panggilan kecemasan dan memindahkan seramai 474 mangsa ke PPS.

Beliau berkata banjir gelombang ketiga ini menyaksikan Dungun dan Hulu Terengganu merupakan daerah yang paling teruk terjejas, namun masih terkawal.

“Dua daerah ini pula yang paling terjejas ialah di kawasan hulu iaitu di Hulu Dungun dan Hulu Kuala Berang (di Hulu Terengganu), namun banjir kali ini kita kategorikan masih di peringkat pertengahan dan terkawal,” katanya.

Berdasarkan maklumat daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) setakat 2 petang ini jumlah mangsa banjir di seluruh negeri meningkat kepada 2,642 orang daripada 754 keluarga, berbanding 2,111 orang daripada 612 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sebanyak 49 PPS dibuka di enam daerah iaitu Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Besut, Setiu dan Marang. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad