web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Ibu Kepada 3 Anak OKU Berkeras Keluar Hospital, Risau Keadaan Keluarga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 7:46PM

Mangsa banjir berlindung di Pusat Pemindahan Sementara selepas kawasan rumah mereka dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Ajal hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Seorang wanita yang baru dimasukkan ke hospital semalam akibat tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada buah pinggang berkeras mahu mendaftar keluar kerana khuatir keadaan tiga anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) selepas rumah mereka dilanda banjir. 

Wan Norzaimah Muhammad, 46, dari Kampung Pengkalan Ajal, di sini berkata, beliau tiada pilihan, selain meminta budi bicara pihak hospital apabila mengenangkan keadaan tiga daripada enam anaknya itu termasuk anak bongsu, Nor Al-Annur Aisyah, 5, yang menghidap penyakit asma kritikal. 

Selepas berbincang dengan pihak hospital, dia yang juga menghidap kanser payu dara bersyukur kerana diberikan kebenaran untuk keluar, selain turut dibekalkan ubat-ubatan untuk diambil sepanjang berada di pusat pemindahan sementara (PPS). 

"Apabila dimaklumkan rumah saya dilanda banjir, saya terus minta kebenaran doktor untuk pulang sebab sangat risau keadaan mereka di rumah. 

"Sebaik sahaja doktor beri kebenaran, saya terus balik ke rumah bersama suami, Muhammad Nasrullah Aliah, 35, untuk ambil anak-anak dan terus ke PPS di Masjid Kampung Pengkalan Ajal, malam tadi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. 

Tiga anak Wan Nurzaimah iaitu Kamaruddin, 22, yang juga anak sulong adalah OKU pelbagai, termasuk penglihatan dengan pergerakan terbatas, Fitri Nurliyana, 18, (OKU intelektual dan penghidap Noonan Syndrome) dan Muhammad Ariff, 16, (OKU intelektual). 

Wan Norzaimah yang kelihatan masih kurang bermaya berkata, agak sukar untuk tinggal di PPS tersebut kerana untuk bergerak dia terpaksa berpaut pada dinding. 

"Alhamdulillah, pihak pengurusan PPS memahami dan memberikan saya satu khemah khas atas faktor kesihatan serta keselesaan saya," katanya, sambil menambah ini adalah pengalaman pertamanya menghuni di PPS. 

Wanita yang mengusahakan kedai makan itu, berkata, sebelum ini dia sekeluarga sempat keluar dari kampung tersebut yang hampir setiap tahun dilanda banjir, tetapi kali ini gagal berbuat demikian apabila Nor Al-Annur Aisyah diserang asma kronik Jumaat lalu. 

"Apa-apa pun saya bersyukur kerana urusan saya dipermudahkan semua pihak baik daripada pihak hospital, pengurusan PPS dan mangsa banjir yang menghuni di sini," katanya yang dikehendaki kembali semula ke hospital untuk menyambung rawatan sebaik sahaja banjir pulih.  

Sementara itu, sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan lima PPS sudah dibuka di daerah Hulu Terengganu dengan bilangan mangsa seramai 277 orang daripada 107 keluarga setakat 6 petang tadi. 

Selain Hulu Terengganu, turut terjejas dengan banjir gelombang ketiga kali ini adalah Dungun yang mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 346 orang, Setiu (65 orang), dan Marang (12 orang) menjadikan keseluruhan mangsa banjir di Terengganu seramai 700 orang. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad