web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiga Penjenayah Etnik Rohingya Ditembak Mati, Terlibat Lebih 50 Kes Jenayah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 5:59PM

Kesan tembakan pada kereta dinaiki suspek. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga penjenayah etnik Rohingya yang ditembak mati tengah malam tadi di Selayang Jaya, di sini, merupakan ‘Geng Rantau Fiesta’ yang disyaki terlibat dalam lebih 50 kejadian samun dan pecah rumah di enam negeri.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga penjenayah berusia lingkungan 30-an itu dikesan melakukan kegiatan jenayah sejak 2011, dengan seorang daripada mereka yang dipercayai ketua kumpulan itu, pernah dipenjarakan atas kesalahan sama pada 2016 hingga 2017 dan aktif semula selepas dibebaskan.

 Beliau berkata dalam kejadian pada 12 tengah malam itu, anggota peronda telah terserempak sebuah kereta jenis Ford Fiesta yang dalam keadaan mencurigakan di Selayang Jaya, sebelum menahan kenderaan tersebut.

“Ketika anggota polis cuba memeriksa, suspek bertindak melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis, namun tembakan itu tidak mengenai anggota kami. Polis kemudian membalas dengan tujuh das tembakan mengenai ketiga-tiga suspek dan mereka meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu, polis turut menemui dua pucuk pistol jenis Revolver dan sebilah parang.

Hussein berkata siasatan turut mendapati ketika kejadian kesemua suspek dipercayai sedang dalam perjalanan untuk melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar Batu Caves dan Pasar Borong Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan senjata api yang digunakan suspek. - gambar BERNAMA
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan senjata api yang digunakan suspek. - gambar BERNAMA

Menurutnya selain Selangor, kumpulan itu dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan pecah rumah di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang dan Pulau Pinang, dan dengan Selangor sahaja kumpulan itu dipercayai telah melakukan sebanyak 27 kes samun serta pecah rumah melibatkan kerugian RM1.3 juta.

"Kejadian terbaharu melibatkan kerugian RM445,000 apabila mereka memecah masuk ke sebuah rumah di Batang Kali pada 8 Dis lepas dan melarikan tiga utas jam tangan Rolex dan dua utas jam tangan Hublot," katanya

Hussein berkata kumpulan itu menggunakan modus operandi dengan melarikan barangan mewah yang kecil dan mudah dilupuskan seperti barang kemas serta jam tangan mewah.

Beliau berkata polis kini sedang menyiasat tempat tinggal suspek di sekitar Batu Caves dan Selayang untuk mengesan pembeli barangan curi daripada suspek.

"Kita juga sedang mengesan jika terdapat saki-baki ahli kumpulan ini yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad