web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Minta Bantuan Interpol Siasatan Kes Zayn Rayyan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 5:53PM

Anggota dan pegawai penyiasat di Apartment Idaman. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata bantuan itu melibatkan maklumat yang telah diperoleh oleh pasukan siasatan yang memerlukan maklumat lanjut daripada pangkalan data Interpol.

"Kami ada minta bantuan daripada Interpol berkaitan pangkalan data mereka yang kami mempunyai beberapa maklumat walaupun tidak konklusif kami perlu maklumat lanjut dari pangkalan data berkenaan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein berkata pihaknya telah merakam 225 percakapan daripada keluarga dan penduduk di Apartment Idaman Damansara Damai dan mengambil 248 sampel asid deoksiribonukleik.

Menurut Hussein, polis tidak akan berputus asa dalam menyiasat kes berkenaan walaupun mempunyai bahan bukti yang terhad.

"Seperti semua tahu lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan adalah tempat kejadian jenayah kedua dan berikutan itu kami mempunyai bukti fizikal dan keterangan yang terhad, kami masih lagi sedang mengesan lokasi pembunuhan," katanya.

Katanya proses siasatan kes berkenaan kini telah memasuki fasa ketiga iaitu pasukan forensik kini memberi tumpuan kepada unit tertentu di blok tertentu apartment berkenaan.

Beliau berkata sepanjang siasatan pihaknya turut menahan 12 individu bagaimanapun ia tidak mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.

"Siasatan masih dijalankan setiap hari di kawasan berkenaan, kami tidak akan berputus asa, akan teruskan siasatan hingga pelakunya ditahan, mungkin bukan sekarang tetapi kami yakin pelaku ini akan ditahan," katanya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badan akibat mempertahankan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad