web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Penipuan Pakej Umrah Mahu Syarikat Pelancongan Didakwa Atas Kesalahan Jenayah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 8:20PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kira-kira 150 mangsa penipuan pakej umrah anjuran sebuah syarikat pelancongan tempatan, sekali lagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa syarikat berkenaan atas kesalahan jenayah.

Mewakili mangsa, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Datuk Hishamuddin Hashim berkata laporan polis telah dibuat dan kes sama yang berlaku pada Mac lepas itu telah dirujuk kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Malah, kes berkenaan yang membabitkan jumlah kerugian lebih RM1juta juga telah dirujuk kepada  Tribunal Tuntutan Pengguna yang akhirnya memihak kepada mangsa dan mengarahkan syarikat berkenaan memberi pampasan.

“Namun pihak syarikat masih berdegil dan tidak mahu menurut perintah award yang telah dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna itu dan kami menggesa KPDN untuk mengambil tindakan,” katanya.

Beliau  ditemui  pemberita di bangunan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika mewakili semua mangsa penipuan berkenaan menyerahkan surat aduan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan kesemua mangsa telah membuat bayaran untuk pakej umrah di bawah syarikat itu, namun tiba hari untuk berangkat, mangsa dimaklumkan bahawa penerbangan dibatalkan atas pelbagai sebab.

Mangsa turut mendakwa diberikan pelbagai janji konon wang akan dipulangkan, ada juga dijanjikan jadual penerbangan lain, tetapi akhirnya tertipu, selain ada juga diberikan cek tunda yang akhirnya tidak dapat bayaran. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad