web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Penunggang Motosikal Maut Diseret Lori

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 3:18PM

Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit bawah lori. - JBPM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua penunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Plaza Tol Tanjung Kupang arah Selatan, Iskandar Puteri awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek dan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah treler, sebuah bas dan dua motosikal yang berada di lorong kiri plaza tol itu.

"Akibat kemalangan itu, dua penunggang motosikal berusia 49 dan 54 tahun maut di tempat kejadian disebabkan oleh kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan akibat diseret lori terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu treler dan pemandu bas serta kesemua 29 penumpang tidak cedera, manakala pemandu lori itu mengalami sakit dada dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

"Kesemua 29 penumpang di dalam bas terbabit telah dipindahkan ke sebuah bas ganti untuk ke Singapura," katanya.

Rahmat berkata kedua-dua mayat penunggang motosikal itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad