web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Beri Jaminan Selesai Isu Lepasan ISMP Tiada Penempatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 8:39PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sesi Temu Anwar di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim hari ini. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Kerajaan hari ini memberi jaminan akan menyelesaikan isu lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang belum mempunyai penempatan di sekolah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelulusan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan supaya mengisi kekosongan guru pada tahun depan.

“Insya-Allah kita selesaikan… Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dah umumkan bahawa (terdapat) penambahan yang ketara bagi mengisi kekosongan guru pada 2024.

“... yang penting ialah pada tahun 2024, kali pertama ada lonjakan penambahan guru di sekolah menengah di negara kita,” katanya pada sesi Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai laporan media sebelum ini berkaitan isu sejumlah 4,390 lepasan ISMP dari 2011 hingga 2020 yang belum mendapat panggilan temu duga untuk ditempatkan di sekolah.

Anwar juga berkata beliau telah meminta Naib Canselor dan pihak universiti di seluruh negara mengawal penuntut masing-masing supaya tidak menyalah guna kebebasan akademik yang diberikan kepada mereka sehingga taksub kepada fahaman melampau.

“Apa yang saya bimbang hanya satu aspek iaitu penularan fahaman, ketaksuban yang menggila… hal-hal ini yang kita harus kawal... kawal untuk menyelamatkan negara ini kerana ketaksuban akan memecahbelahkan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata hutang negara yang terlalu tinggi menjadi antara faktor hasrat kerajaan terdahulu agar mahasiswa golongan M40 menerima pembiayaan penuh Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak dapat diteruskan.

Bagaimanapun, beliau berkata cadangan itu boleh dipertimbang namun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara.

"Insya-Allah saya akan minta (Menteri Pendidikan Tinggi) saudara (Datuk Seri Dr) Zambry (Abdul Kadir) lihat betul-betul dengan PTPTN dan bawa balik kepada Kementerian Kewangan… dan dalam suku tahun pertama, kalau betul kita mampu, saya akan tambah terutama bagi M40 yang memerlukan.

"Jadi saya nak anak-anak faham, insya-Allah saya terima baik cadangan itu dan saya akan teliti... jika ada keupayaan, insya-Allah saya akan lakukan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar