web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Gempa Di China

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 9:06AM

Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Provinsi Gansu, China. - gambar XINHUA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas dalam gempa bumi di Provinsi Gansu dan Qinghai di barat laut China, malam Isnin lalu.

Bagaimanapun, Wisma Putra, dalam kenyataannya semalam, memaklumkan ia akan terus memantau rapat perkembangan terkini bencana itu melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Xi'an.

Kenyataan itu juga menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan untuk terus berwaspada serta mematuhi perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan.

“Rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan berkenaan dan memerlukan bantuan konsular diminta berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Xi’an di talian telefon dan faks melalui nombor +8629-8956 8478 / +86 186 2968 1928 (selepas waktu bekerja atau melalui emel [email protected],” katanya.

Gempa bumi dengan magnitud 6.2, berlaku pada jam 11.59 malam 18 Disember itu menjejaskan Provinsi Gansu dan Qinghai.

Pihak berkuasa tempatan dilaporkan berkata, kira-kira 105 orang maut dan 397 lagi cedera di Gansu dan 11 lagi dilaporkan terbunuh di Qinghai.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lebih 4,700 rumah rosak dan beberapa kampung mengalami gangguan bekalan elektrik, bekalan air, pengangkutan dan komunikasi.

Pada masa sama, Wisma Putra yang mewakili Malaysia menyampaikan ucapan takziah dan bersimpati kepada mangsa dan keluarga merea yang terjejas akibat gempa bumi berkenaan, serta seluruh rakyat dan Kerajaan China.

Sementara itu, agensi berita XINHUA melaporkan pihak berkuasa tempatan kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di wilayah berkenaan, ketika wilayah itu berdepan gelombang sejuk dengan suhu merosot hingga ke -10 darjah Celsius dan gegaran susulan.

Laporan itu menyebut, Pusat Rangkaian Gempa Bumi China memaklumkan kedalaman gempa bumi berkenaan mencecah 10 kilometer, dengan pusat gempa di kawasan perbandaran Liuguo.

Presiden Xi Jinping juga dilapor mengeluarkan arahan supaya pihak berkuasa tempatan menyelamat dan merawat penduduk yang cedera dengan segera untuk mengurangkan jumlah kematian selain memantau rapat situasi gempa bumi serta perubahan cuaca bagi mengelakkan malapataka susulan. – Getaran, 20 Disember 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad