web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Maut Disyaki Dipukul Suami Guna Dumbel Angkara Cemburu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 8:54AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -  Seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya akibat cemburu dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam awal pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 5.33 pagi oleh suspek sendiri yang mengatakan isterinya mengalami sawan lalu membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu di rumah mereka sebelum dibawa ke hospital.

Menurutnya, bertindak atas maklumat tersebut, pada jam 12.49 tengah hari lelaki itu ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel turut dirampas.

"Pasangan tersebut baru berkahwin pada April lalu dan belum mempunyai anak. Si mati bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej di Sarawak pulang bercuti untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Iqbal berkata, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sendiri mempunyai dua rekod lampau kes pukul dan dadah, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek juga positif dadah.

Menurutnya suspek akan direman hari ini di Mahkamah Shah Alam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP, Mohd Afandi Bin Ahmad di talian 016-7252948. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 52 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad