web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LHDN Peroleh Penghakiman Terus Dalam Kes Tunggakan Cukai Muhammad Shafee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Dec 2023 8:42PM

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menetapkan Isnin depan bagi menentukan jumlah akhir yang perlu dibayar oleh Muhammad Shafee kepada LHDN.

Dalam penghakimannya, Roz Mawar berkata berdasarkan afidavit, Muhammad Shafee tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan itu dan tiada isu yang memerlukan keterangan saksi pada perbicaraan penuh.

Beliau berkata jumlah cukai yang gagal diperoleh daripada defendan telah menjadi hutang kepada kerajaan kerana tempoh pembayaran sudah luput.

"Keputusan untuk memasukkan penghakiman terus adalah bagi mengelakkan perbicaraan penuh. Dalam keadaan seperti ini, penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan," katanya.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan bagi penghakiman terus selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan kes itu.

Pada prosiding hari ini, Muhammad Shafee diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam manakala Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad mewakili LHDN.

Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.

Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon agar samannya terhadap Muhammad Shafee, yang difailkan pada 6 Mei lepas, diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan defendan gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh ditetapkan.

LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar tunggakan cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016. - BERNAMA 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 53 minit yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad